26 Disember 2020 - 01:57
Pemimpin Tertinggi Revolusi ucap tahniah atas kelahiran Nabi Isa (a.s)

Ayatollah Khamenei dalam sebuah pesanan yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris di dunia maya, mengucapkan selamat sempena perayaan Krismas yang disambut para penganut agama Kristian di Iran dan di seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Khamenei, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran mengucapkan tahniah kepada orang Kristian Iran dan di seluruh dunia sempena ulang tahun kelahiran Nabi Isa (a.s) Yesus Kristus dalam satu pesan Twitter yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Mesejnya berbunyi: Selamat ulang tahun kelahiran Nabi Isa Al-Masih kepada semua orang Kristian dan Muslim di dunia, terutama rakan-rakan Kristian kita.